Kes HFMD di Melaka meningkat 33.8 peratus - Utusan Malaysia

Kes HFMD di Melaka meningkat 33.8 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Bilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini meningkat 33.8 peratus dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong berkata, sebanyak 1,064 kes telah direkodkan berbanding 784 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Katanya, bagaimanapun jumlah wabak itu menurun sebanyak 11 kes pada minggu ke 27.

“Taman asuhan kanak-kanak (taska) atau tadika telah menyumbang sejumlah 63.6 peratus wabak HFMD berbanding 23.5 peratus dalam tempoh sama tahun lalu.

“Kita meminta semua pihak terutamanya pengurusan taska, pusat asuhan atau jagaan kanak-kanak melakukan beberapa langkah seperti menyediakan satu ruang isolasi, menjaga kebersihan serta memastikan adik-beradik kepada pesakit juga tidak dihantar ke taska untuk mengelak penularan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka anjuran Hospital Pakar Putra di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN