PETALING JAYA – Kes demam denggi di negara ini mencatatkan penurunan selama dua tahun berturut-turut sejak 2016 hasil usaha pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.
Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, bagi tahun lalu kes demam denggi berkurangan sebanyak 17 peratus manakala 16 peratus pada 2016.
Katanya, kes kematian akibat demam denggi turut mencatatkan pengurangan sebanyak 25 peratus pada tahun lalu dan 29 peratus pada 2016.










