Kes cerai tertinggi di Selangor - Utusan Malaysia

Kes cerai tertinggi di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kadar kes perceraian pasangan beragama Islam di Selangor kekal yang tertinggi di negara ini apabila mencecah 12,204 kes pada tahun lalu.

Statistik Jabatan Kehakiman Selangor itu bagaima­napun mencatatkan sedikit penurunan berbanding tahun 2016 yang berjumlah 12,547 kes.

Berdasarkan statistik tahun lalu, secara purata sebanyak 33 kes perceraian berlaku setiap hari atau kira-kira 1.4 kes bagi setiap jam sepanjang tahun lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, menurut sumber Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), pendaftaran kes perceraian tertinggi di negara ini terus diikuti oleh Johor dengan jumlah sebanyak 4,588 kes, Kelantan (3,652) dan Kedah (3,474).

Di Terengganu sebanyak 3,154 kes dilaporkan diikuti Perak sebanyak 2,742 kes, Pulau Pinang (2,276) dan Melaka (1,278).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×