AHLI politik dan ilmuwan haruslah bersama-sama berganding bahu menyatukan pemikiran dan tenaga untuk menangani segala isu dan masalah yang timbul di dalam masyarakat, secara khususnya orang Islam. Hal ini penulis tekankan kerana konflik yang diuruskan oleh ahli politik biasanya lebih mementingkan politik partisan dengan anggapan sesuatu pemikiran yang dimiliki oleh parti sendiri sahaja betul. Sedangkan kefahaman parti politik lain, semuanya tidak benar. Maka di sinilah timbulnya rasa taksub dan fanatik…










