KUALA LUMPUR 21 Julai – Kerajaan mengunjurkan sasaran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar mencecah 5.5 peratus hingga 6 peratus tahun ini, selari unjuran oleh Bank Negara Malaysia. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Malaysia merupakan ekonomi terbuka dan pelbagai, dan walaupun terdapat kesan akibat perang perdagangan global semasa, ekonomi Malaysia akan berkembang sekurang-kurangnya 5.0 peratus untuk tempoh beberapa tahun akan datang. “Pasaran modal Malaysia tumbuh 12.6 peratus kepada RM3.2 trilion…










