Kerajaan negeri peruntukkan lebih RM6 juta untuk perbelanjaan 15 DUN - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri peruntukkan lebih RM6 juta untuk perbelanjaan 15 DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 24 Julai – Kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM6 juta bagi perbelanjaan pembangunan dan mengurus di semua 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis bagi tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, peruntukkan tersebut diluluskan pada sidang DUN tahun lalu.

“Bagi perbelanjaan mengurus kawasan DUN, kira-kira RM1 juta diperuntukkan manakala perbelanjaan pembangunan pula sebanyak RM5.7 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nor Azam Karap (PKR- Kuala Perlis) mengenai peruntukkan tahunan daripada kerajaan negeri kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Penggal Persidangan Pertama, DUN Kali Ke-14, di sini hari ini.

Baru-baru ini, ADUN Sena, Asrul Nizan Abd Jali berharap, Azlan mempertimbangkan memberi peruntukkan bulanan RM10,000 kepada wakil-wakil rakyat pembangkang khususnya untuk pengurusan di pusat khidmat di kawasan masing-masing.

Beliau dilaporkan berkata, peruntukkan itu penting bagi membolehkan mereka membayar gaji pekerja dan menguruskan pusat khidmat.

Kata Asrul Nizan, Kerajaan negeri diminta lebih adil memberikan peruntukkan itu bukan sahaja kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sebaliknya kepada kesemua lima wakil rakyat pembangkang sama ada PKR ataupun Pas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN