Kerajaan kaji perkenal konsep pelupusan ruang udara - Utusan Malaysia

Kerajaan kaji perkenal konsep pelupusan ruang udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang mengkaji untuk memperkenalkan konsep pelupusan ruang udara (spatium) supaya hakmilik ruang dapat dikeluarkan bagi tujuan pembangunan bandar, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Beliau berkata, ia adalah antara langkah kerajaan untuk meneruskan kajian dan menggubal perundangan yang selaras dengan hasrat pembangunan negara ke arah pengurusan dan pentadbiran tanah yang lebih cekap dan berkesan.

Spatium adalah konsep bagi mewujudkan pembangunan bertindih di atas pembangunan sedia ada dan pewujudan pemilikan berlapis dengan lot isipadu di bawah dan di atas permukaan tanah, bertujuan memenuhi keperluan permintaan tanah yang semakin tinggi.

“Masih banyak lagi cabang pentadbiran tanah yang boleh diteroka untuk menambah baik perkhidmatan,” kata Wan Azizah ketika berucap pada sambutan Hari Tanah Negara di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

Wan Azizah berkata, kerajaan juga berhasrat memperkenalkan satu bentuk dokumen hak milik tanah elektronik dan mewujudkan skim pajakan persendirian untuk membuka lebih banyak potensi pembangunan tanah. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN