Kepulangan disambut bagai wira - Utusan Malaysia

Kepulangan disambut bagai wira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAGUH dunia, Perancis yang masih segar dengan kejayaan merangkul trofi berprestij di muka bumi, Piala Dunia 2018 disambut bagai wira di Paris semalam. Dianggarkan seramai 300,000 penyokong skuad Les Bleus menyambut wira mereka sejurus tiba Paris.

Pada aksi final Ahad lalu skuad bimbingan Didier Deschamps itu mengecewakan Croatia 4-2 sekali gus mengulangi kejayaan merangkul Piala Dunia pada 1998 ketika Perancis menjadi tuan rumah 20 tahun lalu.

Dalam pada itu, biarpun tewas, skuad Croatia tetap dihargai para peminat apabila lebih 550,000 membanjiri ibu kota Zagreb bagi menyambut kepulangan para pemain.

Sejurus tiba di lapangan terbang, para pemain yang menaiki bas khas diarak selama lima jam bergerak ke Jelacica dengan melalui ratusan ribu peminat yang menghargai perjuangan mereka sehingga ke pentas final.

Para peminat turut berkumpul bersorak melaungkan nama kapten Croatia dan Pemain Terbaik Piala Dunia 2018, Luka Modric.

“Terima kasih rakyat Croatia, terima kasih Zagreb. Kami telah mencapai impian kami iaitu final Piala Dunia 2018,” ujar Modric.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN