KUALA LUMPUR 31 Julai – Kementerian Pendidikan memandang serius terhadap mana-mana kes pencabulan yang berlaku di sekolah-sekolah seluruh negara.
![]() |
|
MASZLEE MALIK
|
Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, bagi mengelakkan perkara sedemikian rupa berlaku pada masa hadapan beliau menggesa mangsa untuk melakukan laporan polis.
“Saya memandang serius perkara ini dan meminta mangsa-mangsa yang terlibat untuk tampil ke hadapan dan membuat laporan polis. Sila guna #PredatorinMySchool untuk isu ini,” katanya di Twitter beliau hari ini.
Polis kini sedang memburu seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Kulai bagi membantu siasatan berkaitan kes cabul terhadap seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun.
Berdasarkan laporan mangsa, guru lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral berkenaan sebanyak dua kali iaitu pada 11 April dan 22 April lalu. – UTUSAN ONLINE












