KUALA LUMPUR 24 Julai – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis amat penting terutamanya dalam mewujudkan suasana semak imbang di negeri Selangor.
![]() |
|
ASYRAF WAJDI DUSUKI
|
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kemenangan itu juga bagi memastikan hak dan kepentingan rakyat akan terus terbela serta terpelihara.
“Rakyat perlu menyokong calon BN #LokmanAdam di #SungaiKandis supaya adanya suara semak dan imbang di Dewan Undangan Negeri.
“Ini bagi memastikan kepentingan rakyat terpelihara dan tidak sewenang-wenangnya janji PH (Pakatan Harapan) dalam #PRU14 lalu diperkotak-katikkan,” katanya dalam Twitter beliau hari ini. – UTUSAN ONLINE











