MEKAH 29 Julai – Sejak kecil, tiga beradik kembar ini tidak pernah membelanjakan duit raya mereka kerana kesemuanya diambil oleh ibu untuk disimpan dalam akaun Tabung Haji masing-masing. Kini, Muhamad Zaini Fikri, Muhamad Zarif Fikri dan Muhamad Zazali Fikri Mohd. Yusop bersyukur kerana sikap beringat ibu membolehkan mereka bersama-sama mengerjakan haji pada usia muda 27 tahun. Menurut Muhamad Zaini Fikri selaku abang, mengerjakan haji dengan wang simpanan sendiri sejak kecil…










