KOTA BHARU – Penolong jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah mengingatkan pemainnya supaya mengelak melakukan kesilapan mudah ketika bertemu Selangor pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam esok. Beliau berkata kesilapan seumpama itu akan menghukum pasukan tersebut dalam usaha memperoleh mata penuh. “Perlawanan malam esok antara perlawanan terpenting kami dalam baki lima perlawanan liga bagi memperoleh mata untuk mengelak pasukan tersingkir ke Liga Premier musim depan,”…










