Kehilangan Siti Nur Iesmawida mendukacitakan belia berkemahiran dalam negara - Utusan Malaysia

Kehilangan Siti Nur Iesmawida mendukacitakan belia berkemahiran dalam negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) menyifatkan Siti Nur Iesmawida Ismail, 30, yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Pulau Lombok, Indonesia sebagai amat mendukacitkan buat seluruh belia berkemahiran dalam negara.

MOHAMMAD RIZAN HASSAN
MOHAMMAD RIZAN HASSAN

Ketua Penerangannya, Mohammad Rizan Hassan berkata, Siti Nur Iesmawida telah banyak membantu golongan belia yang tercicir dalam bidang akademik bagi memastikan mereka mendapat peluang kedua untuk berjaya.

“Berita kematian Siti Nur Iesmawida ini akan ditangisi dan diratapi oleh mereka yang telah dibantu olehnya sebelum ini.

“Beliau adalah seorang kakitangan yang berdedikasi di Akademi Miraj, Ampang dan seorang daripada Sukarelawan Belia Berkemahrian MBM,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN