Juventus yakin naluri gol Ronaldo belum padam - Utusan Malaysia

Juventus yakin naluri gol Ronaldo belum padam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN – Ketua jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri yakin pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo akan meneruskan sentuhan berbisanya sebaik kempen Serie A membuka tirainya Ogos ini.

Jelas Allegri, pemain berusia 33 tahun itu bebas untuk memilih posisi kegemarannya dengan syarat dia boleh menjaringkan gol serta membantu Juventus meraih kemenangan.

“Ronaldo akan beraksi di posisi kegemarannya dan dia bebas memilih apa-apa posisi lain yang dimahukan. Saya yakin perkara itu tidak akan menjadi masalah kepada kami untuk memastikan Ronaldo serasi dengan skuad Juventus.

“Perkara paling utama ialah Ronaldo perlu menjaringkan gol iaitu rutin biasa yang sering dilakukan ketika berada bersama Real Madrid. Saya fikir Ronaldo tidak akan berdepan masalah yang besar untuk mencari keserasian dalam kalangan pemain lain,” jelasnya.

Sebagai rekod, pemain antarabangsa Portugal itu tidak disenaraikan untuk menyertai skuad Juventus pada aksi pramusim di Amerika Syarikat kerana masih diberi cuti rehat dari pentas Piala Dunia.

Dia berkemungkinan akan tiba di Turin pada minggu hadapan dan hanya berpeluang menjalani satu sesi latihan bersama Allegri.

Pemain legenda Real Madrid itu mencipta kejutan dengan menerima tawaran daripada Juventus menerusi nilai perpindahan sebanyak £99.2 juta (RM528.21 juta). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN