Jumlah penumpang guna LTAPP meningkat - Utusan Malaysia

Jumlah penumpang guna LTAPP meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 1 Julai – Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas di sini terus menjadi antara pintu masuk utama ke negara ini sama ada oleh rakyat tempatan atau pelancong asing.

Memuatkan artikel berkaitan…

YEOH SOON HIN

Perkara itu dibuktikan menerusi peningkatan sebanyak 5.77 peratus kemasukan pe­numpang menerusi lapangan terbang tersebut sepanjang lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama, tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin berkata, sepanjang Januari hingga Mei lalu, sebanyak 3,075,643 penumpang direkodkan menggunakan LTAPP.

Menurutnya, jumlah itu membabitkan 680,000 pe­numpang antarabangsa manakala kira-kira 840,000 orang lagi daripada pe­nerbangan domestik.

Dari segi statistik penerbangan pula, ujarnya, ketibaan antarabangsa merekodkan peningkatan 15.39 peratus bagi tempoh sama berbanding tahun lalu.

“Peningkatan ini turut disumbangkan oleh pengenalan beberapa lagi destinasi penerbangan terus oleh syarikat penerbangan dari LTAPP.

“Ketibaan domestik juga mencatatkan peningkatan meskipun sedikit iaitu kira-kira 0.26 peratus,” katanya dalam sidang akhbar di sini, baru-baru ini.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Soon Hin berharap Kerajaan Persekutuan meluluskan segera cadangan menaik taraf dan memperbesarkan LTAPP se­perti yang dirancang sebelum ini.

Tambahnya, perkara itu perlu dilaksanakan memandangkan la­pangan terbang berkenaan ketika ini sudah mencapai kapasiti maksimum penumpang iaitu seramai 6.5 juta orang.

Ujar beliau, keperluan memperbesarkan LTAPP juga berikutan lebih banyak penerbangan terus membabitkan destinasi an­tarabangsa dari LTAPP bakal dilancarkan pada masa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN