KURASHIKI 8 Julai- Jumlah kematian berikutan hujan lebat dan tanah runtuh di barat Jepun telah meningkat kepada 81 orang dengan puluhan yang masih hilang selepas lebih 2,000 orang yang terkandas di Kurashiki berjaya diselamatkan. Lapor badan penyiar rasmi NHK, sebanyak 58 dilaporkan masih hilang manakala hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan sekurang-kurangnya untuk sehari lagi. Arahan berpindah masih kekal untuk lebih 2 juta orang manakala amaran tanah runtuh dikeluarkan di beberapa wilayah.- REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya