Johor boleh bekal lebih banyak air ke Melaka - Utusan Malaysia

Johor boleh bekal lebih banyak air ke Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR 24 Julai – Kerajaan negeri tiada masalah untuk meningkatkan bekalan air mentah kepada Melaka berbanding 35 juta gelen sehari yang disalurkan ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, walau bagaimanapun pihaknya perlu meneliti semula perkara tersebut kerana Johor juga perlu bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan termasuk musim kemarau.

“Boleh memang boleh (tambahan), tetapi kita kena teliti semula dan melihat kemampuan semasa Johor untuk membekalkannya,” katanya dalam sidang akhbar selepas menandatangani Perjanjian Tambahan Air Kedua Antara Johor dan Melaka di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Johor, Datuk Azmi Rohani dan SUK Melaka, Datuk Roslan Ibrahim.

Terdahulu, Adly dalam ucapannya meminta Johor mempertimbang agar meningkatkan bekalan air mentah kepada 55 juta gelen sehari bagi menampung keperluan semasa di Melaka.

Pada majlis sama, Osman mengumumkan pengekalan harga air mentah yang dibekalkan ke Melaka pada kadar 50 sen untuk setiap ribu gelen bagi tempoh 10 tahun bermula 12 Ogos depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN