KUALA LUMPUR 3 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low supaya pulang ke Malaysia sekiranya benar-benar mahu memberikan kerjasama berhubung siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, Jho Low merupakan warganegara Malaysia dan sekiranya dia berada di luar negara, dia perlu pulang ke tanah air. “Semua agensi (siasatan) seluruh negara tercari-cari Jho Low, sesiapa…










