TOKYO 5 Julai – Jepun mengarahkan pemindahan beribu penduduk dari pinggir bandar Kyoto selepas hujan lebat melanda bahagian barat wilayah berkenaan. Susulan hujan lebat yang melanda, seorang lelaki dilaporkan maut di bandar Hyogo. Kira-kira 160,000 orang dinasihatkan berpindah selepas pegawai kaji cuaca memberi amaran tahap hujan akan meningkat sehingga Ahad. – REUTERS










