Jenazah Siti Nur Ismawida tiba di KLIA petang ini - Utusan Malaysia

Jenazah Siti Nur Ismawida tiba di KLIA petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Julai- Jenazah Allahyarham Siti Nur Ismawida Ismail yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Lombok, Indonesia, Ahad lalu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5 petang (waktu Malaysia) hari ini.

Menurut sepupu mangsa yang dikenali sebagai Emirza, jenazah Siti Nur Ismawida, 30, telah dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok kira-kira pukul 9.40 pagi ini ke Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta.

“Sebaik sahaja tiba di KLIA, jenazah akan terus dibawa ke Masjid Ar-Rahimah, Desa Pandan untuk dimandikan serta solatkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami sekeluarga mengalu-alukan jika ada yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham di masjid berkenaan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Sentul,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahad lalu, Siti Nur Ismawida dilaporkan terkorban selepas dihempap runtuhan tembok bangunan dalam kejadian gempa bumi yang berlaku kira-kira pukul 5.47 pagi di Lombok Timur, Indonesia.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×