Jenazah Siti Nur Ismawida dijangka tiba petang ini - Utusan Malaysia

Jenazah Siti Nur Ismawida dijangka tiba petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 31 Julai – Jenazah Allahyarhamah Siti Nur Ismawida Ismail yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Lombok, Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia Ahad lepas, hari ini diterbangkan dari Lombok ke Jakarta, sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Jenazah wanita berusia 30 tahun tersebut dijadualkan dibawa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok menggunakan pesawat Garuda GA0435 pada 9.40 pagi ini ke Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta.

Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia Zamshari Shaharan berkata, jenazah kemudiannya dibawa ke Kuala Lumpur menerusi penerbangan Garuda GA0816 dari Jakarta pada 1.40 tengah hari ini dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 petang (waktu Malaysia).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jenazah diiringi suaminya, Mohd Hafiz Mohd Kassim, dan saudara kepada Mohd Hafiz, Saiyid Abdallah Syahir Aledrus,” katanya.

Difahamkan, sebaik tiba di KLIA, jenazah akan terus dibawa ke Masjid Ar-Rahimah, Desa Pandan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Kuala Lumpur.

Allahyarham Siti Nur Ismawida dilaporkan terkorban dihempap runtuhan tembok bangunan dalam kejadian gempa bumi 6.4 skala Richter yang menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok pada 5.47 pagi Ahad.

Kejadian itu setakat ini telah mengorbankan 14 mangsa, manakala beratus cedera serta memusnahkan lebih seribu rumah dan bangunan. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×