MADINAH 14 Julai – Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah kira-kira pukul 9.25 pagi waktu tempatan. Sebaik sahaja pesawat yang membawa mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamad bin Abdulaziz Madinah, kesemua mereka menjalani proses imbasan bagasi kabin. Kesemua 483 jemaah itu kemudiannya terus dibawa dengan bas ke bangunan penginapan iaitu Hotel Movenpick yang terletak di Zon 2 iaitu kira-kira 100 meter dari dataran Masjid Nabawi.…










