JDT juara Liga Super kali kelima berturut-turut - Utusan Malaysia

JDT juara Liga Super kali kelima berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Pasukan Johor Darul Ta’azim (JDT)  mengesahkan kejuaraan saingan Liga Super buat kali kelima berturut-turut selepas menumbangkan Perak 2-0 di Stadium Perak di sini hari ini.

Rentak permainan bermula hambar pada babak pertama dengan tanpa sebarang jaringan gol dijaringkan oleh kedua-dua pasukan.

Skuad The Bos Gaurus berjaya memecah kebuntuan gol pada minit ke-72 menerusi jaringan Nor Hakim Hassan yang melakukan rembatan kencang menerjah gawang lawan selepas menerima lorongan daripada Wander Luiz.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kegembiraan Perak yang meraikan gol tersebut tidak lama apabila skuad Harimau Selatan berjaya menyamakan kedudukan dua minit kemudian.

Gol terhasil menerusi sepakan percuma diambil oleh Safawi Rashid di bahagian kiri padang yang memberi peluang kepada kapten JDT, Hariss Harun melakukan tandukan cantik untuk bola menerjah gawang Perak.

Safawi menjadi wira JDT apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-83 selepas menanduk bola apabila menerima hantaran lintang dari bahagian kanan padang.

Kemenangan tersebut menyaksikan JDT berjaya merangkul gelaran juara Liga Super buat kali kelima berturut-turut dan mendahului takhta liga dengan pungutan mata sebanyak 47 mata.

Perak kekal di tangga kedua Liga Super dengan 31 mata diikuti Kedah dengan 30 mata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×