Janji tangguh pembayaran balik PTPTN dijangka gagal dipenuhi - Utusan Malaysia

Janji tangguh pembayaran balik PTPTN dijangka gagal dipenuhi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Pakatan Harapan dijangka gagal memenuhi manifesto untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam bergaji bawah RM4,000 sebulan berdasarkan jawapan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dalam Sidang Dewan Rakyat, hari ini.

KHAIRY JAMALUDDIN
KHAIRY JAMALUDDIN

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, menteri itu tidak dapat memberi penjelasan yang meyakinkan beliau mengenai bebanan kewangan yang bakal ditanggung oleh kerajaan sekiranya janji itu mahu dilaksanakan.

Kata Khairy, jika mahu dilaksanakan juga, kerajaan mungkin perlu membuat pinjaman bagi menyediakan dana kepada pemohon baharu dan kebiasaannya pinjaman itu dijamin akan dijamin oleh kerajaan.

“Ini akan menambahkan tanggungan kerajaan yang bercanggah dengan polisi Kementerian Kewangan. Bagi saya, jawapan oleh menteri sangat tidak meyakinkan untuk melaksanakan janji ini,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini.

Semasa sesi soal jawab, Khairy bertanyakan kepada Kementerian Pendidikan sama ada sudah dijalankan kajian mengenai tempoh purata seorang siswazah mencapai tahap gaji tersebut dan implikasi kewangan kepada kerajaan.

Maszlee bagaimanapun menjawab, janji yang mahu dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan itu akan tetap dilaksanakan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN