KUALA LANGAT – Hanya kerana tidak tahan kerap disindir menjalin hubungan sulit dengan rakan sekerja, seorang pembantu tadbir wanita mati dicekik dan ditikam sebelum mayatnya dimasukkan ke stor dalam kejadian di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad di Telok Datok, Banting di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 2 petang, mayat Zaimah Mahmod, 57, ditemui di dalam stor di pejabatnya dengan mempunyai kesan tikaman di leher dan badan selain turut dicekik.…










