Isu SOSMA: Mohamed Hanipa sedia berdebat dengan Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Isu SOSMA: Mohamed Hanipa sedia berdebat dengan Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin bersedia berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Mohamed Hanipa berkata, tujuan perdebatan itu diadakan adalah bagi mendidik masyarakat dan menghapuskan kekeliruan berhubung pembatalan pelaksanaan SOSMA.

“Saya yakin pihak media seperti RTM atau Astro Awani bersedia menyiarkan perdebatan ini secara langsung di televisyen jika Ketua Pembangkang bersedia menyahut cabaran saya ini.

“Saya ingin menyatakan di sini bahawa kerajaan PH (Pakatan Harapan) amat menghormati hak dan kebebasan Ketua Pembangkang menyatakan pendapatnya tentang SOSMA dalam kerangka kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN