Individu ditipu pakej umrah diminta tampil buat laporan polis - Utusan Malaysia

Individu ditipu pakej umrah diminta tampil buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Polis Selangor meminta individu yang menjadi mangsa penipuan pakej umrah dikendalikan sebuah syarikat pelancongan supaya segera tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya percaya ramai individu telah menjadi mangsa pemilik syarikat itu, seorang wanita berusia 32 tahun.  

“Suspek telah ditangkap pada 25 Julai lepas kerana kes menipu seorang pengarah syarikat daripada agensi pelancongan tempatan membabitkan kerugian kira-kira RM3.99 juta pada tahun lepas.

“Setakat ini kita hanya menerima 40 laporan polis bukan sahaja di Selangor tetapi juga seluruh negara membabitkan penipuan pakej umrah oleh syarikat berkenaaan yang beribu pejabat di Setia Alam di sini,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata siasatan awal menunjukkan suspek aktif menjalankan kegiatan  jenayahnya menerusi syarikat itu tanpa lesen sah, sejak dua tahun lepas.

“Kita mahu lebih ramai tampil bagi membantu siasatan polis terhadap kes ini yang kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN