Iktiraf UEC lebarkan jurang pemisah kaum - Utusan Malaysia

Iktiraf UEC lebarkan jurang pemisah kaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Julai – Selain merendahkan taraf sekolah aliran kebangsaan, pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang sama sekali tidak mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan dilihat hanya akan melebarkan jurang pemisah kaum di negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lebih amat dibimbangi adalah pengiktirafan UEC akan membuka ruang kepada sijil-sijil lain yang membelakangi Dasar Pendidikan Kebangsaan dan akhirnya menyebabkan dasar itu tidak lagi dihormati kelak.

“UEC hanya pengiktirafan sendiri oleh Pengetua dan Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan tidak sedikit pun termasuk di dalam perkara Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ini kerana kertas peperiksaan disediakan oleh pengelola SJKC dan bukan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hanya ada kertas bahasa Melayu yang standardnya lebih rendah dari Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mata pelajaran lain kesemuanya dalam bahasa Mandarin, model yang diambil dari Taiwan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pendidikan, Dr. Masz­lee Malik menegaskan, kerajaan akan tetap meneruskan rancangan untuk mengiktiraf UEC selaras dengan manifesto Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×