KUALA TERENGGANU 4 Julai – “Ibu Adam tidak mahu naik ambulans, beliau hendak pangku sendiri anaknya sepanjang perjalanan daripada Kuala Lumpur hingga ke Kuala Terengganu.” Demikian menurut Nadia Mohd Fauzi, kakak ipar kepada Farrah Madihah Othman iaitu ibu Adam Rayqal Mohd Sufi, bayi berusia lima bulan yang ditemukan mati di rumah pengasuh di Taman Nahkoda, Batu Caves, Selangor, malam semalam. Farrah Madihah menaiki kereta sendiri dengan ditemani suaminya, Mohd. Sufi…










