“RAYA tahun ini memang saya buat keputusan tidak berhari raya di rumah mentua terlebih dahulu, biarlah suami pergi sendiri dengan anak-anak, saya akan pergi kemudian selepas dua minggu raya. Saya ada alasan kukuh, sebab emak saya tak sihat, jadi giliran saya duduk dengan emak beraya, sementara menunggu kakak balik daripada beraya ke rumah mentuanya. Sebab selama ini kakak yang jaga emak, rumah mereka dekat. “Lagipun takkan saya nak harapkan adik-adik…










