GUA MUSANG – Ibu bapa budak perempuan warga Thailand berusia 11 tahun yang bernikah dengan seorang peraih getah berumur 41 tahun menganggap isu tersebut selesai selepas lelaki itu didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang semalam. Bapanya, Mat Rashid Rimadsa, 49, tidak mahu perkahwinan anak perempuannya dijadikan isu sehingga menjejaskan kehidupan mereka sekeluarga kerana sejak perkara itu timbul, kerjanya sebagai penoreh getah terjejas. “Setiap hari saya bersama isteri, Aminah Hitam dan anak terpaksa…










