KUALA LUMPUR 23 Julai – Jawapan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Dewan Rakyat yang menyatakan hutang kerajaan pada 1980an dan 1990an adalah kurang daripada RM300 bilion atau bersamaan sekitar 27 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar pada masa itu dianggap sebagai tidak tepat. Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan mendakwa, semakan data yang diperolehi dari laman web Kementerian Kewangan mendapati jawapan Dr. Mahathir pagi tadi adalah jauh tersasar.…










