HFMD: SK Damak diarah tutup Isnin ini - Utusan Malaysia

HFMD: SK Damak diarah tutup Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 21 Julai – Jabatan Pendidikan negeri mengarahkan Sekolah Kebangsaan (SK) Damak di Jerantut dekat sini ditutup lima hari bermula Isnin ini ekoran penularan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Sehingga hari ini, seramai 53 orang daripada 368 murid prasekolah hingga tahun enam di sekolah berkenaan dijangkiti penyakit tersebut.

Pengarah Pendidikan negeri, Dr. Tajuddin Mohd. Yunus berkata, penutupan sekolah itu atas nasihat Jabatan Kesihatan negeri bagi mengelakkan penularan jangkitan penyakit tersebut kepada murid-murid lain.

“Kita juga memohon ibu bapa dan penjaga membawa anak mereka ke klinik kesihatan dan hospital berdekatan segera jika ada anak-anak mereka yang mengalami simptom berkaitan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN