KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah memuktamadkan calon Speaker Dewan Rakyat bagi sesi Parlimen ke-14 yang bakal bersidang pada 16 Julai ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bakal mengumumkan nama Speaker Dewan Rakyat berkenaan sama ada hari ini atau esok.
“Semalam (kelmarin) kita (Pakatan Harapan) mengadakan mesyuarat dan hanya ada satu calon,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya semalam.
Terbaharu nama Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang merupakan ketua whip Parti Keadilan Rakyat (PKR) disebut-sebut bakal dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.
Bagaimanapun ketika dihubungi Kosmo!, Johari, 63 menafikan perkara itu dan menganggap ia sebagai khabar angin










