KUALA LUMPUR 7 Julai – Kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa PPBM akan menjadi parti pelindung kepada orang Melayu dilihat hanya bertujuan mempengaruhi golongan tersebut sahaja.
![]() |
|
SHAMSUL ANUAR NASARAH
|
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, kenyataan berkenaan tidak boleh dipercayai kerana apa yang dilakukan oleh PPBM jauh sekali berbeza.
Malah, katanya, berdasarkan beberapa kenyataan, tindakan serta polisi baharu, PPBM tidak sedar apa yang dilakukan sejak penubuhannya dan sebaik mengambil alih kerajaan telah meletakkan kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera menjadi semakin terhakis serta terancam.
“Justeru, hanya mereka yang membuta tuli menyokong Dr. Mahathir dan PPBM sahaja percaya apa disebut kononnya PPBM akan menjadi pelindung kepada orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – UTUSAN ONLINE












