LONDON – Juara dunia empat kali, Lewis Hamilton mendakwa, insiden pelanggaran melibatkan dirinya dengan Kimi Raikkonen merupakan sebahagian daripada strategi Ferrari. Pada perlumbaan Grand Prix (GP) Britain di Litar Silverstone kelmarin, Hamilton yang memulakan perlumbaan di petak pertama dilihat bakal meraih kemenangan buat kali kelima berturut-turut di litar berkenaan. Impian tersebut tidak kesampaian apabila sebaik tiba Hamilton di selekoh ketiga, Raikkonen secara tiba-tiba melanggar tayar jenteranya sehingga menyebabkan pelumba pasukan tuan rumah itu terbabas di luar litar. Insiden berkenaan memberi kelebihan kepada pendahulu saingan, Sebastian Vettel untuk menguasai sepanjang perlumbaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya