KANGAR – Datuk Hamdan Bahari dilantik semula sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis bagi penggal ke-14 di Kompleks DUN di sini hari ini. Hamdan adalah nama tunggal dicadangkan Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man untuk memegang jawatan itu dan disokong Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuping Asmaiza Ahmad. Bekas pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Perlis itu sebelum ini adalah Speaker DUN menggantikan Datuk Yazid Mat pada 2013. Pada majlis…










