MESKIPUN berstatus bujang, itu tidak dijadikan alasan buat penyanyi popular, Hael Husaini untuk mengambil anak angkat, Nur Helena Hael yang kini berusia setahun tiga bulan. Malah, kehidupan pelantun lagu Jampi itu semakin bahagia dalam melalui proses membesarkan Nur Helena yang dijadikan anak angkatnya. “Kehadiran Nur Helena membuatkan hidup saya menjadi sangat bermakna. Hal ini kerana dia banyak mengajar saya erti kesabaran. “Jika dulu, saya merupakan seorang yang baran tetapi saya…










