Guru ditahan kerana cabul murid - Utusan Malaysia

Guru ditahan kerana cabul murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Seorang guru ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes cabul seorang murid darjah empat di sebuah sekolah di Ampang, Selangor pada Jun lalu.

Guru berusia 53 tahun itu, ditahan kira-kira pukul 2 petang ini di sekitar daerah itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, susulan penahanan itu, permohonan reman akan dilakukan esok bagi siasatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN