SEBERANG PERAI – Seorang lelaki berusia 40-an melecur teruk selepas paip tong gas di rumahnya di Bandar Putra Bertam, Kepala Batas di sini bocor sehingga menyebabkan berlaku letupan kecil dan kebakaran semalam.
Kejadian pada pukul 5.20 pagi itu turut menyebabkan sebahagian rumahnya rosak apabila bumbung dan siling runtuh, manakala terdapat bahagian dinding yang roboh akibat impak letupan.
Turut terjejas ialah rumah jiran mangsa.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian itu berlaku akibat kebocoran paip gas ketika penghuninya sedang memasak.
Menurut beliau, semasa kejadian hanya pasangan suami isteri itu yang berada di rumah.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











