Filipina ‘terkejut’ didakwa wilayah China - Utusan Malaysia

Filipina ‘terkejut’ didakwa wilayah China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA 12 Julai – Kain rentang yang menggelar Filipina sebagai “wilayah China” muncul secara tiba-tiba di jambatan di Manila mencetuskan kemarahan di media sosial menjelang ulang tahun kedua kemenangan Manila ke atas Beijing dalam kes timbang tara.

Istilah ‘wilayah China’ dan ‘Laut China Selatan’ sangat menonjol di Twitter, manakala laporan berita mengenai kemunculan secara mengejut kain rentang berwarna merah di sepanjang laluan utama menarik ribuan share dan komen di Facebook.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab untuk meletakkan kain rentang itu yang memaparkan aksara Inggeris dan Cina dan bendera China diapit oleh naga.

Pihak berkuasa bandar dilihat menurunkan sebahagian daripada sepanduk berkenaan kelihatan sekurang-kurangnya lima lokasi.

Emoji memaparkan kemarahan atau kejutan menguasai komen di media sosial di se­belah petunjuk bergambar tertera ayat ‘Selamat datang ke Filipina, Wilayah China’.

Pada dua tahun lalu, Mahkamah Timbangtara Tetap di The Hague memutuskan China tidak mempunyai hak ke atas perairan Laut China Selatan dan melanggar hak kedaulatan Filipina dengan menghalang nelayan dan membina pulau buatan di Zon Ekonomi Ekslusifnya.

“Ini bukan satu jenaka,” kata bekas Pengacara Umum dan Ketua Peguam bagi kes Filipina, Florin Hilbay, dalam akaun media sosialnya.

Segelintir orang ramai me­nuduh pembangkang politik membuat kain rentang untuk ‘memanaskan’ hubungan antara kerajaan dengan China.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN