Aktiviti ‘merempit’ dengan berlumba haram di jalanan seolah-olah tiada penghujungnya malah ‘berjangkit’ dari satu generasi ke generasi seterusnya. Rata-rata golongan muda yang terlibat dengan aktiviti tidak bermanfaat itu merasakan berkumpul beramai-ramai, berlumba serta membuat bising sebagai keseronokan dan sebahagian daripada aktiviti mengisi masa lapang mereka khususnya pada hujung minggu. Menurut Pakar Psikologi Trafik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Rozmi Ismail, kecenderungan golongan muda terlibat dengan aktiviti itu dikesan bermula…










