AI dorong peningkatan penggunaan elektrik dalam 3 tahun

AI dorong peningkatan penggunaan elektrik dalam 3 tahun

MARK Bennett
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 91 peratus perniagaan di Malaysia menjangkakan penggunaan elektrik akan meningkat menjelang 2028, didorong peningkatan tenaga boleh diperbaharui, pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI).

Menurut program penyelidikan Navigating the Energy Transition EY, kajian baharu mendedahkan peningkatan permintaan elektrik, sasaran kemampanan dan jangkaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian tenaga yang lebih pintar dan mesra alam.

Sebanyak 75 peratus perniagaan menjangkakan keperluan tenaga yang lebih kompleks didorong oleh kos tenaga yang meningkat dan tidak stabil (68 peratus), kebimbangan ketersediaan dan kebolehpercayaan (80 peratus) dan imperatif penyahkarbonan (82 peratus).

Peralihan ini didorong oleh proses elektrifikasi, penggunaan kenderaan elektrik (EV) serta penerapan teknologi digital seperti automasi dan AI.

Ketua Transformasi Pengalaman Pelanggan Tenaga & Sumber Asia Pasifik EY, Mark Bennett berkata, tinjauan ini mendapati perniagaan yang menyumbang lebih 75 peratus daripada permintaan elektrik negara bersedia untuk melabur dalam penyelesaian tenaga bersih.

Katanya, lebih 83 peratus syarikat merancang untuk meningkatkan pelaburan dalam elektrifikasi operasi, pengurangan pelepasan karbon dan penjimatan kos tenaga dan 72 peratus mempertimbangkan pemasangan tenaga boleh diperbaharui di premis sendiri seperti panel solar atas bumbung.

“Sementara itu, lebih separuh atau 54 peratus sedang meneroka peluang untuk menjual lebihan tenaga kembali ke grid.

“Perniagaan yang mengadaptasi penyelesaian yang lebih pintar dan hijau akan membuka peluang pertumbuhan serta meningkatkan daya tahan.

“Kerjasama antara syarikat, penyedia tenaga dan pembuat dasar adalah kritikal kepada masa depan tenaga Malaysia,” katanya.

Selain itu, kajian tersebut tuurut mendapati aspirasi tenaga juga berbeza mengikut industri dengan lebih 90 peratus syarikat pembuatan dan teknologi maklumat (IT) menjangkakan pertumbuhan dua digit dalam penggunaan elektrik.

“Lebih satu perempat perniagaan, dengan sektor peruncitan dan pengangkutan, meletakkan kelestarian sebagai matlamat tenaga utama. Syarikat pembinaan muncul sebagai peneraju dalam penggunaan penjanaan tenaga di tapak.

“Trend ini menekankan keperluan penyelesaian yang disesuaikan bagi menangani cabaran dan peluang khusus setiap sektor.

“Seiring perniagaan menggiatkan elektrifikasi operasi dan pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui, rakyat Malaysia boleh menjangkakan udara yang lebih bersih, infrastruktur EV yang lebih meluas serta sistem tenaga yang lebih berdaya tahan,” jelasnya.

Namun begitu, peningkatan kos tenaga dan jurang infrastruktur boleh menjejaskan kemampuan dan kebolehpercayaan bekalan sekiranya tidak diurus secara proaktif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN