Federer tarik diri daripada Piala Rogers - Utusan Malaysia

Federer tarik diri daripada Piala Rogers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES 24 Julai – Juara Wimbledon sebanyak lapan kali, Roger Federer menarik diri daripada pertandingan Piala Rogers, bulan depan di Toronto berikutan masalah penjadualan.

Pemain berusia 36 tahun itu berkata, dia perlu lebih berhemah tentang jumlah pertandingan yang perlu disertainya untuk semusim.

“Saya sangat kecewa tidak dapat bermain pada Piala Rogers, musim panas ini. Saya telah mengharungi tempoh yang cukup mengagumkan di Montreal, tahun lalu dan seronok beraksi di depan peminat di Kanada.

“Tetapi malangnya dengan isu penjadualan yang menjadi kunci kepada kemampuan saya bertahan lebih lama dalam sesebuah pertandingan, jadi, saya terpaksa membuat keputusan menarik diri daripada kejohanan di Toronto tahun ini,” kata pemain No. 2 dunia, Federer.

Jeremy Chardy dari Perancis akan mengisi tempat Federer di dalam undian utama.

Penganjur berkata, pertandingan tersebut akan dilangsungkan pada 4-12 Ogos ini di Universiti Toronto York, yang dijangka menampilkan 19 pemain yang menghuni ranking 20 terbaik dunia termasuk pemenang Wimbledon, Novak Djokovic dan pemain No. 1 dunia, Rafael Nadal.

“Malang sekali kami tidak dapat melihat Roger beraksi di Toronto musim panas ini,” kata jurucakap pertandingan, Karl Hale. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN