Fazley nak 'kahwin' lagi - Utusan Malaysia

Fazley nak ‘kahwin’ lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Julai – Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob bakal bersanding semula dengan isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz pada November hadapan.

FAZLEY YAAKOB bakal bersanding lagi.

Menurut Fazley, dia mengimpikan sebuah majlis yang sederhana tetapi meriah dengan dihadiri tetamu jemputan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memang saya dan isteri dah berbincang akan hal ini (bersanding) tetapi ia bergantung kepada jadual kami serta urusan anak-anak.

“Niat kami nak sanding sederhana dan mahu menjamu rakan-rakan yang tak dapat hadir disebabkan beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan satu masa dahulu.

“Rancangannya pada November ini iaitu bersempena dengan ulang tahun pernikahan kami yang ke 12,” katanya.

Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan.

Dalam pada itu Fazley turut melahirkan rasa terharu kerana ramai yang ingin menaja persandingannya.

“Ya, memang saya akui ada beberapa pihak tajaan menghubungi saya dan menyatakan hasrat untuk menaja majlis tersebut.

“Bagaimanapun, masih belum ada sebarang keputusan yang dibuat oleh saya dan isteri memandangkan kami sebenarnya mahu buat majlis secara sederhana,” jelasnya.

Bercerita lanjut mengenai pembukaan restoran Mamanda yang telah beroperasi sejak setahun lalu, ia menepati jiwanya yang tidak mahu makanan tradisi ditelan arus moden.

“Menariknya, pengunjung bakal merasai suasana mewah ibarat istana Melayu sewaktu berada di dalam restoran sambil menikmati pelbagai hidangan Melayu Nusantara ala Diraja.

“Selalunya orang akan rasa takut-takut nak pergi ke restoran begini kerana bimbang harganya yang agak mahal. Tetapi di Mamanda, kami menjanjikan senarai harga yang berpatutan dan berbaloi,” jelasnya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×