ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) menerima tamparan hebat apabila diarah menyelesaikan tunggakan gaji sebanyak AS$180,000 (RM732,000) kepada bekas pemainnya, Abdulafees Abdulsalam. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Jawatankuasa Status FAM mendedahkan, ATM bakal dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM jika gagal menyelesaikan tunggakan gaji pemain kelahiran Nigeria yang kini mewakili kelab Myanmar, Magwe FC. Abdulafees menyertai ATM pada 2015/16 selepas setahun bermain bersama Perak pada musim 2014/2015 dan berjaya meledak 11 gol…










