Enam ditahan disyaki bunuh lelaki Indonesia - Utusan Malaysia

Enam ditahan disyaki bunuh lelaki Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Julai – Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita warga asing selepas dipercayai terlibat membunuh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Kinrara dekat sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kesemua suspek ditahan dalam tiga tangkapan berasingan pada hari sama dan Selasa lalu di Serdang, Kajang serta Nilai, Negeri Sembilan.

“Mayat mangsa yang merupakan warga Indonesia ditemukan dengan kesan terluka di bahagian belakang leher, pinggang dan siku kiri dalam kawasan hutan berhampiran Jalan Impian Indah, Bandar Kinrara.

“Turut ditemukan pada mangsa adalah serangkai kunci motosikal dan beg silang serta dompet berisi wang RM 75 serta salinan dokumen lelaki terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Ismadi, hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca dari salah faham mengenai wanita dan hasil bedah siasat menunjukkan punca kematian adalah akibat ditetak dengan senjata tajam di tengkuk serta perut.

Tambahnya, tiga daripada suspek ditahan reman sehingga Ahad ini manakala dua lagi ditahan sehingga Selasa depan untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×