SHAH ALAM – Empat bersaudara maut manakala seorang lagi cedera parah apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dipercayai akibat memandu dalam keadaan mabuk dalam kejadian di Persiaran Setia Alam awal pagi tadi. Dalam kejadian pukul 1.14 pagi itu, mereka yang maut adalah M. Sashwin, 20, adiknya, Kavineshan, 19, dan dua lagi sepupu mereka iaitu KP Gopalakrishnan, 20, serta N. Zed Hezronn, 18. Seorang lagi mangsa, M. Roshan, 19,…










