PUTRAJAYA – Keputusan pemberian elaun khas RM200 sebulan kepada setiap pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat akan diketahui hujung bulan ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata satu kertas kerja berkaitan perkara itu telah dibentangkan pada mesyuarat Kabinet dan pihaknya masih menunggu keputusan daripada Kementerian Kewangan. Jelasnya, kemungkinan elaun kritikal itu diluluskan adalah besar kerana ia tidak melibatkan implikasi kewangan tambahan bagi Kementerian Perumahan dan…