E-testing dilaksanakan tahun depan - Anthony - Utusan Malaysia

E-testing dilaksanakan tahun depan – Anthony

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 30 Julai – Pelaksanaan ‘e-testing’, sistem kaedah penilaian pemanduan dan pembelajaran menggunakan komputer dijangka akan diguna pakai di seluruh negara pada tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, projek perintis ‘e-testing’ itu akan dijalankan di tiga buah sekolah memandu di bandar raya ini selama tiga bulan sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

“Saya berpuas hati dengan tahap kesediaan ‘e-testing’ ini yang merupakan satu sistem yang lebih telus kepada para pelajar sekolah memandu, sekali gus tiada lagi unsur-unsur pemberian lesen kopi ‘o’ atau lesen terbang,” katanya, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat sistem ‘e-testing’ di Institut Memandu Berjaya di sini.

Anthony juga pada masa sama memberi jaminan pelaksanaan tersebut tidak akan membebankan semua pihak terlibat termasuk pelajar dan institut memandu dan kini pihaknya sedang mencari mekanisme terbaik untuk menjayakan sistem tersebut. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN